Selasa, 17 September 2013

Piala Axiata: Malaysia Tiger 1 Indonesia Garuda 2

Jumaat, 30 Mac 2012

KUALA LUMPUR 30 Mac - Skuad badminton Malaysia Tiger kecundang di tangan Indonesia Garuda 1-2 pada aksi separuh akhir pertama Piala Axiata yang berlangsung di Jakarta hari ini.

Indonesia Garuda mengutip mata pertama menerusi pemain veterannya, Taufik Hidayat yang menewaskan Liew Daren 21-19, 21-9 manakala beregu Hendra Setiawan/Mohammad Ahsan mengalahkan Lim Khim Wah/Goh V Shem 21-17, 21-17 untuk mata kedua.

Mata tunggal negara diperoleh hasil kejayaan Muhammad Hafiz Hashim menundukkan Sony Dwi Kuncoro 21-13, 21-19.

Separuh akhir kedua melibatkan kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Badminton Cheras, Ahad ini. - UTUSA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar