Selasa, 17 September 2013

Manchester United kalahkan Tottenham Hotspur 3-1

Isnin, 5 Mac 2012

Manchester United terus menghambat kedudukan Manchester City selaku pendahulu liga selepas membenam Tottenham Hotspur 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad.

Wayne Rooney meletakkan United di hadapan pada minit terakhir separuh masa pertama sebelum Ashley Young menambah dua lagi jaringan pada minit ke-60 dan 69 di White Hart Lane.

Tottenham menerima gol saguhati menerusi Jermain Defoe pada minit ke-87 dan meletakkan pasukan itu kekal di tangga ketiga dengan 53 mata.

Keputusan lain:

Fulham 5 - Wolves 0

Newcastle 1 - Sunderland 1

Tidak ada komentar:

Posting Komentar